Monday, January 4, 2010

Dunia Baru di Tahun Baru

salam 2010 kepada pengunjung yang sudi mengunjungi blog EA.

masih belum terlewat untuk EA mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua.
kali ini, EA ingin berkongsi cerita sedikit tentang BARU.

pada EA, tirai tahun baru 2010 telah menyingkap satu rutin baru dan dunia serba baru kepada EA. 01-01-2010, EA telah melangkah ke dunia baru dalam bidang kerjaya. setelah dua tahun enam bulan EA menamatkan pelajaran di gedung ilmu ASWARA, akhirnya penantian EA untuk berada dalam dunia yang EA impikan sejak menamatkan pelajaran, menjadi kenyataan juga. biarpun agak lama menunggu, tetapi EA tetap bersyukur kerana YANG ESA tetap memakbulkan doa-doa EA selama ini.

apabila melangkah ke dunia kerjaya baru, rutin juga menjadi serba baru. jika dulu, 20 minit atau 15 minit sebelum masuk kerja, EA masih boleh berlenggang kangkung masuk ke kereta dan layan lagu lama-lama sebelum bergerak ke tempat kerja kerana tempat kerja hanya sejauh 6km dari rumah & tentunya tidak perlu merasai 'jem' pelbagai perisa yang sangat enak. tapi sekarang, 1 jam sebelum masuk kerja, EA perlu bergerak dari rumah kerana takut merasai 'jem' yang enak itu.

namun, EA sangat bahagia merasai dan melalui semua itu; kerjaya baru dan rutin baru yang indah.

salam perkenalan untuk ahli-ahli keluarga baru di YWJ Citra Holding SB.