Nadya terus hidup dalam dunianya sendiri setelah Fahrin memutuskan ikatan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan kukuh. Dia tidak pernah berharap Fahrin akan kembali kepadanya. Namun, cincin pertunangan tersebut terus tersarung kemas di jari manisnya. Juga tanpa sebarang alasan kukuh!
Taufiq yang sudah mula jatuh hati kepada Nadya, jadi serba salah untuk meluahkan perasaannya kerana menyangka Nadya adalah tunangan orang. Tambahan pula, dia sedar siapa dirinya. Dia ‘anak halal’ yang terbuang di perhentian bas, membesar dan mendapat kasih sayang dari rumah anak-anak yatim. Lantaran itu, dia terus memendamkan perasaannya terhadap Nadya.
Namun, mampukah Taufiq terus memendam cinta? Sudikah Nadya menerima cinta suci Taufiq apabila dia mengetahui siapa diri Taufiq? Kasih kita… bersamakah akhirnya?
No comments:
Post a Comment