Lewat kebelakangan ini - hampir tiga minggu, ruang fikiran saya sentiasa dilingkari 2 perkara / situasi yang tidak mampu untuk saya tafsirkan sebagai apa. Adakah ianya 'ilham' atau apa sebenarnya? Malam semalam sewaktu duduk santai menonton televisyen slot cerekarama, saya mengambil kesempatan berkongsi rasa dengan emak sewaktu iklan mengambil ruang siaran. Setelah berkongsi dengan emak, hati saya terbuka untuk kongsikan di ruangan ini tentang 2 perkara itu. Barangkali, boleh dijadikan sebagai renungan..
:: 1 ::
Seseorang (A) yang mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya di waktu lampau, tetapi telah bertukar laku hari ini. Dia telah menginsafi perbuatan lalu dan menjalani kehidupan yang lebih sempurna berkat kesungguhannya berubah menjadi insan lebih baik. Alhamdulillah, insan-insan di sekelilingnya menerima baik perubahannya dan mereka menilai (A) sebagai (A) yang mereka lihat hari ini, bukan (A) masa lampau.
:: 2 ::
Seseorang (B) yang baik budi pekerti dan banyak menabur budi. Sering menjaga kepentingan, hati dan perasaan insan-insan di sekelilingnya, lebih daripada dirinya sendirinya. Dengan kata lain, (B) sanggup meletakkan insan-insan lain di tangga teratas & dirinya sendiri di tangga terakhir. Sehinggalah berlaku satu peristiwa, (B) tidak sengaja melakukan 1 kesilapan. Hanya kerana 1 kesilapan itu, (B) dibuang oleh insan-insan yang begitu banyak terhutang budi dengan (B). Insan-insan itu menilai (B) hari ini tanpa mengenang (B) di masa lampau.
Melalui 2 perkara / situasi yang melingkari fikiran saya, maka lahirlah pelbagai rasa / persoalan di hati saya.
:: alangkah beruntungnya (A) kerana dirinya mampu berubah menjadi lebih baik & dia diterima baik oleh insan-insan sekelilingnya berdasarkan dirinya hari ini, bukan masa lalunya.
:: kesiannya (B). mungkin, inilah yang dikatakan 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.
Adakah wajar (B) diperlakukan sebegitu? Di mana letaknya hati, perasaan serta keadilan insan-insan tersebut? Barangkali di minda mereka telah di set bahawa, (B) terlalu sempurna & tidak akan melakukan sebarang kesilapan. Maka sebab itu, mereka tidak dapat terima kesilapan (B) walaupun 1, lantas membuang (B) tanpa berfikir semasak-masaknya. Mengapa mereka tidak menilai masa lalu (B) yang banyak menabur budi & bakti??
Renung-renungkanlah...

2 comments:
Menarik persoalan itu untuk dikembangkan menjadi sebuah novel.
Salam Tuan Haji.
Mudah-mudahan ada kesempatan untuk saya kembangkan persoalan itu sebagai novel suatu hari nanti.
Post a Comment