Salam.
Pertama sekali, EA ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung2 blog EA.. Terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa membaca & memberi komen2 yang membuatkan EA tersenyum & tergelak sorang2... Kali nie, ada cerita yang tak kurang menarik untuk EA kongsikan...
Masuk sahaja ke dalam kereta (sebelum memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja) EA dah siap2kan duit tol. Nanti senang. Tak adalah terkais-kais macam ayam nak bertelur bila sampai tol. Tapi, petang tadi (19 Februari) EA betul2 jadi macam ayam nak bertelur walaupun perjalanan masih belum dimulakan. Nak tahu kenapa?? Sebab EA mencari 10 sen! Tol perling = RM 2.30. Tapi EA cuma ada RM 2.20 sahaja. mana nak cari lagi 10 sen nie??? Dalam pada tertanya-tanya tu, EA memulakan perjalanan. EA tetap bersangka baik, mudah-mudahan akan bertemu 10 sen yang mungkin terselit di mana2.
Gelabah tak gelabahnya EA, setiap kali berhenti di lampu trafik, EA akan menggeledah beg & handbag, mencari 10 sen yang pada fikiran EA sangat2 berharga waktu itu. Tapi sayangnya, sampai lampu bertukar hijau, EA masih gagal menemui apa yang dicari. Waktu itu, mula EA sedar betapa berharganya nilai 10 sen. Selama ni, pantang ada syiling, EA akan sumbat tabung atau kat mana2 tempat yang selamat. Konon-kononnya, tak nak beg duit beratlah, kan. Sudahnya, sendiri juga yang terseksa. Betul. Pencarian itu 1 penyeksaan. (penantian juga 1 penyeksaan. hehehe... sabar..sabar..)
Kesudahannya, bila sampai kat tol, selepas menghulurkan RM 2.20, EA terus je pecut. Takut gak kalau2 'tol gate girl' tu perambat EA minta 10 sen. Lagi haru biru kalau dia jatuhkan gate tu atas bumbung kereta. Mahu kemek 'buah hati' EA tu. Hehhehee.. (Imaginasi terlampau mula menguasai diri)
Pengajaran yang EA perolehi pada petang Jumaat yang indah itu ialah:
'Jangan mensia-siakan apa yang kita miliki kerana setiap sesuatu itu bernilai dan berguna. Tapi sering kali kita tersedar sesuatu itu bernilai dan berguna bila ia telah tiada. Waktu itu barulah nak mengeluh -kan bagus kalau aku ada 10 sen (atau apa2 saja yang kita benar2 perlukan waktu itu tapi ia tiada)'
Semoga bertemu dilain topik. :-)
2 comments:
ko ni ghenjong...
memang hati kering....
hahaha :-)
takde ar kering sgt sang...
cikit2 jer wat2 macho...
huhuuuuhu...
Post a Comment