Monday, February 15, 2010

Pantai Tanjung Lompat




19 tahun lalu
telapak kaki ku pernah
menjamah mesra tubuh mu
gembira, sungguh!
zaman kanak-kanak yang
penuh keriangan
penuh keindahan
kau antara penyumbangnya
kau yang pertama ku kenali
terima kasih.

Kini, aku kembali
membawa kerinduan
yang tidak pernah henti
ku melihat senyum di bibir mu
menyambut mesra kedatangan ku
setelah sekian lama
kau nantikan
terima kasih.

Memori silam menerpa
mengembalikan aku ke 19 tahun lalu
bagai ternampak-nampak
aku berkejaran dengan kakak
sambil diawasi abah
emak pula mengendung adik
yang baru pandai berjalan.

Kini, ku telah dewasa
namun, cinta ku pada mu yang bersemi
19 tahun lalu
tidak pernah luput di hati
malah cinta ku pada mu makin menebal
kerana kau ikhlas mengajar ku
tentang cinta dan kesetiaan
tentang kasih sayang dan kehidupan
tentang rindu dan pengorbanan

kau tetap ku cintai biarpun untuk
1000 tahun lagi...

14 comments:

Hanny Esandra said...

rindunya aku pada pantai... :-)

Eizda Amani said...

rindu aku dh terlerai.... ;-)

Citra Delima said...

rindu pada pantai atau rindu pada peristiwa nya....

Hanny Esandra said...

hahahahaaa... saya sokong!

Eizda Amani said...

salam
pertama - rindu pada pantainya; kerana kali pertama saya menjejakkan kaki ke pantai itu, saya baru berusia 7 thn. sekarang, setelah 19 thn berlalu, buat kali keduanya saya ke pantai itu. rindu lah yang membawa saya ke sini.

kedua - rindu pada peristiwanya;
saya rindu usia 7 thn itu. saya rindu pada zaman kanak2 yang serba indah. tapi saya sedar, waktu terus berputar ke depan, bukan ke belakang.

pantai & peristiwa tetap menjadi memori terindah dalam perjalanan hidup saya di bumi Allah ini. :-)

Hanny Esandra said...

E.A

Laut adalah sebaik-baik tempat untuk mencari ketenangan. buat apa nak cari ketenangan kat tempat2 sesak? Ciptaan Allah sangat banyak. Manusia ni aja yang tak sedar.

Aku sangat suka laut! Berjam2 duduk pun tak apa. :-)

Eizda Amani said...

betul tu...kita jadi tenang bila merenung laut...
kenapa lah ada manusia yang suka bersesak2 kat tempat yang sesak & menyeksakan, kan???

Citra Delima said...

Tetapi ingat, setenang-tenang laut banyak bahayanya. Ramai yang mati lemas dipantai dan laut yang dikatakan tenang. Pepatah melayu ada menyatakan ' jangan sangka air yang tenang tiada ada buaya' he...he

Hanny Esandra said...

ayahanda,
haahha.. betul tu! dah banyak kali jugak laut telan manusia. Tapi apa sebabnya? sebab manusia sendirilah! Dah bagi peringat macam tu pun, tak sedar2 diri lagi.. huuuu... ko nak tau E.A, masa kejadian Tsunami 26 dis (btolkan klu aku slh..)dulu, aku dan semua keluarga betul2 kat tengah laut PD. Nasib Tsunami tu tak sampai sana... esoknya bc paper.. rasa nak sesak nafas je.. huhuh..

Eizda Amani said...

ayahanda,
betul tu... don't sangka clear water no buaya... hehehe...
kesimpulannya: berhati-hati sentiasa walau di mana berada & jangan lupa diri. insyaAllah, selamat semuanya.

Hanny,
maaf, aku pn x ingat tarikh yg tepat..memory lost la plak...hehe.. tp yg pastinya, kejadian tu penghujung thn 2005. time tu baru naik cuti sem thn 2 sem 4.
alhamdulillah ko sekeluarga x terlibat dlm tragedi tu...
masa aku tgh mandi kt pantai tanjung lompat tu & tgk ombak, ati aku terdetik: 'macam mane kalau tiba2 tsunami berlaku?'
tp alhamdulillah, Allah x izinkan perkara buruk b'laku time tu..

Eizda Amani said...

alamak!! maaf... bkn 2005, tp 2004.

Hanny Esandra said...

haa..
2004 ya.. hehe.. tu lah.. waktu baru2 tsunami tu, aku takut dgn pantai.. tp skrg kembali seperti asal.. kalau la dapat berumah di tepi pantai... :-)

Eizda Amani said...

kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai... huahaahaa..
kan dh terkeluar peribahasa yg aku simpan berkurun nan lame nie... hehe...

H.E,
E.A cadangkan supaya anda membaca novel "ku mohon kasih" Haiza Najwa terbitan alaf 21.
ceritanya berlatarbelakangkan pantai kt kelantan... sgt best n menyentuh jiwa novel ni.

Hanny Esandra said...

kelantan???
itu mmg betul-betul menyentuh jiwa ni.. mesti waktu baca terasa2 macam ada di sana pulak.. ahaaaiii..