Sunday, February 14, 2010

14 Februari...

salam..

waktu ini, jam telah merangkak ke pukul 2 pagi. bermakna, telah 2 jam kita berada pada tarikh 14 Februari 2010. jarang sekali EA berkeadaan begini (tidur lewat hingga ke dinihari). tetapi hari ini, lain macam pula rasa (mata segar & langsung tidak mengantuk). mungkin teruja pertambahan usia barangkali. setiap kali bertemu dengan tarikh kelahiran sendiri, EA akan mengalami kesukaran untuk melelapkan mata. pelbagai persoalan mula melingkari ruang fikiran. namun, soalan ini yang lebih meninggalkan kesan yang mendalam ; adakah ini 14 Februari yang terakhir untuk EA temui atau akan ada lagi pertemuan di tahun hadapan? persoalan yang tiada siapa tahu jawapannya kecuali DIA. biarlah menjadi rahsia-NYA.

bercerita mengenai 14 Februari, setiap kali ada kenalan baru yang bertanya mengenai tarikh lahir, EA benar-benar sukar untuk menjawab penuh. biasanya EA akan jawab; bulan Februari, tanpa 14 disebut. kenapa? sebab EA dah bosan lihat keterujaan teman-teman dahulu apabila mengetahui tarikh tersebut. boleh dikatakan 100% kenalan EA yang terdahulu akan berkata;
"Wah! untungnya! lahir pada hari kekasih. mesti dapat hadiah double."
jelak sungguh mendengar kata-kata klise itu!!
tiada apa yang perlu dibanggakan dengan 14 Februari! ada apa dengan 14 Februari???
hari kekasih??

sebenarnya, sedarkah mereka (yang begitu teruja dengan tarikh tersebut) di sebalik 14Februari??

pelbagai versi yang EA dengar mengenai 14 Februari & suka untuk EA kongsikan bersama.

versi 1:
ada seorang paderi bernama valentine telah di hukum bunuh pada tarikh 14 Februari. natijahnya, kekasihnya (tak pasti siapa namanya) begitu sedih di atas kematian velentine. jadi untuk memperingati mendiang kekasihnya itu, maka lahirlah 'Valentine Day' atau juga disebut hari kekasih.

jadi, bagi mereka yang meraikannya (penganut agama Islam) bukankah ia seolah-olah meraikan paderi itu??


versi 2:
seorang paderi telah memperdaya kaum Islam sehingga mereka menaiki kapal laut kerana kononnya ada banjir besar yang akan berlaku. apabila semua umat Islam berada di atas kapal tersebut, maka paderi itu pun membakar kapal itu. tarikh peristiwa itu berlaku adalah pada 14 Februari. untuk meraikan kejayaan tersebut (membunuh umat Islam), maka pada setiap tarikh itu, ia akan diraikan secara besar-besaran.


persoalannya sekarang; mengapa ada segelintir umat Islam yang begitu teruja dengan 14Februari? malahan, ada pula pasangan kekasih yang tanpa segan silu meraikannya.

bilakah agaknya minda sesetengah mereka yang terjajah dengan '14 Februari' akan berakhir??

hmm...jam terus merangkak (benarlah kata pepatah; masa tidak akan menunggu kita). mata EA masih terus segar. kenapa ya???

ooo...mungkin sebab memikirkan dua undangan. undangan yang EA tak pernah terfikir akan lalui...

undangan pertama: pergi open house kenalan berbangsa cina yang menyambut tahun baru.
undangan kedua: majlis perkahwinan teman lama.

bagaimana keadaan EA dalam dua majlis yang berbeza itu??

4 comments:

Melihat Kesunyataan said...

Tahniah, sajak 14 Februari tersiar di BM hari ni.

Eizda Amani said...

Salam, Tuan Haji Shapiai. Terima kasih atas ucapan tersebut. Terima kasih kerana sudi menjadi 'guru puisi' kepada saya. Semoga Tuan Haji terus sudi mencurahkan lebih banyak ilmu puisi kepada saya.
"Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolonglah tunjukkan."

Hanny Esandra said...

E.A,
1st of all, tahniah atas tersiarnya sajak 14 februari di Bm.. Ini yg rasa nak asah pensel untuk mengembalikan zaman kegemilangan H.E dlm puisi.. heh.heh.. Takderlah! gurau aja..

Kedua, Selamat hari jadi sahabatku.. kaulah sahabat yg plg baik aku jumpa di tgh2 kota metropolitan sekitar 2004-2007 waktu zmn kita muda2 dulu.. :-) Byk sgt kngn kita smpi bila ingatkan kembali, aku boleh menangis bila kita terpaksa berpisah jauh... semoga dikurniakan, dilimpahkan rezeki dn rahmat dari-NYA. Amin.

Ketiga,
Kuat sungguh kau bila pegi ke undangan teman lama itu. Alhamdulillah itu tanda2 kau masih berpijak di bumi nyata serta menerima kenyataan yg telah tersurat. Insya-Allah, masa kau akan tiba juga. Kau akan peroleh kebahagiaan sepertimana kau layak mendapatkannya... Amin.

Citra Delima said...

Tahniah,sajak tersiar diBM dan Selamat Menyambut Hari Jadi. Mungkin terlambat kerana hendak mereka cerita versi 3 cerita 14 Februari... tungguuuu..