Wednesday, March 31, 2010

-3, +9

salam.

pejam celik-pejam celik 90 hari telah berlalu. rasa bagai baru semalam melangkah 1 januari 2010. tapi hari esok dah pun masuk 1 april 2010. sungguh pantas masa berlalu. masa memang takkan tunggu kita. kita yang perlu seiring dengan masa untuk mencapai apa yang kita ingini tanpa mengenepikan tujuan utama kita berada di bumi ini.

melangkah tahun baru dengan penuh azam baru.

januari, februari & mac....
3 bulan yang pelbagai rasa; suka,duka,tawa,riang,simpati, air mata....

januari...
memasuki dunia pekerjaan yang baru...
sesuatu yang indah...pengalaman yang manis, sangat berharga & tinggi nilainya...
"sambil menyelam minum air"
selain menjalankan tugas, tak salah meneroka sesuatu yang baru...bukanlah terlalu baru sebenarnya...cuma perlu diasah kembali agar lebih tajam...
"belakang parang kalau selalu diasah, tajam juga akhirnya,kan?"
insyaAllah.
usaha akan diteruskan supaya belakang parang takkan terus tumpul ;-)

februari....
bulan yang sangat bermakna...amat indah...selalu dinanti-nantikan!
alhamdulillah.
usia bertambah. sihat tubuh badan (walaupun kurang isi. tak apalah, kan... yang penting sihat)
usaha mengasah belakang parang berhasil...sangat teruja...belakang parang dah boleh guna ;-)
sentuhan pertama yang sangat bermakna...hadiah paling tinggi nilainya untuk hadiah hari lahir tahun ini...

mac
bulan bereksperimen...eksperimen yang menjadi! sangat bahagia!
"selagi kita tak melangkah ke anak tangga pertama, macam mana kita nak sampai ke anak terakhir?"
betul, kan?
pengalaman pertama yang indah...
alhamdulillah.
DIA mempermudahkan segalanya.
DIA melindungi segalanya.
banyak memori yang indah bulan mac tahun ni..
apa lagi yang mampu saya katakan selain mengucap syukur kepada-NYA.
ALHAMDULILLAH.

9 bulan bakal menjelma, saya tak tahu apa yang akan DIA izinkan untuk saya lalui.
sebagai hamba-NYA, saya hanya berusaha & terus menadah tangan agar DIA berikan saya yang lebih indah & lebih bermakna.
namun, hanya DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk saya.
saya redha dengan apa saja yang akan diberikan untuk saya.


DI SEBALIK SENYUMANNYA

(Sempena genap setahun pemergian
Allahyarham Tuan Haji Zubir Ali

ke rahmatullah, 6 Mac 2009 - al-Fatihah)

Bicaranya bicara pujangga
liriknya menggempur dunia lena
lembut alunan melodinya
diiringi gitar akustiknya
di sebalik kaca matanya
ada kerut pengalaman silamnya
sepasang mata beningnya
sentiasa mesra lembut menyapa.


Di sebalik bicara senyumnya
terbit bait-bait puisi perkasa
biarpun lembut nadanya
tetapi mampu menikam jiwa
hingga terkesan setiap masa.

Kini dia menuju abadi
apa yang sempat kusapa
hanya bicara senyumnya
kerdip khazanah yang ditinggalkan
tetapkan menyala sepanjang zaman.

(Berita Minggu, 14 Mac 2010)

Friday, March 12, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010!

Pesta Buku menjelang tiba.. sesiapa yang mahu berjumpa dengan Eizda Amani dan penulis-penulis lain, marilah sama-sama berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa 2010 pada 19-28 Mac ini bertempat di Putra World Trade Centre.


Jadual Penulis PBAKL 2010:
20 Mac - Ainon Zaini, Antasya Balqis, Zara Aluwi, Dinaz Salsabila, Qaseh Qaisara, Sarnia Yahya
21 Mac - Hanny Esandra, Eizda Amani, Ebriza Aminnudin, Bikash Nur Idris, Salleh Shihabuddin
27 Mac - Eny Ryhanna, Adah Hamidah, Hatta Nuharis, Eisya Aqila
28 Mac - Teja Irzara, Ellis Gee

Booth FP: C15A , C13, C14, C15, C15B

Jumpa di sana ya!

* Gambar dan jadual diambil daripada blog FP..

Tuesday, March 2, 2010

14 FEBRUARI

(Mekar nur Islami dalam
bahasa katarsis
bersipongang takbir
Ilahiyyah dalam qiam syahdu)

Kau pencatat jujur tak pandai berdusta
padamu terkisah sebuah legenda
yang sering diulang dengar
sebagai peringatan
jangan dia diagung-agungkan
jangan dia dinanti-nantikan
beribu jiwa suci dikebumikan
tanpa talkin dan nisan.

Kau pencatat jujur tak pandai berdusta
telah kaukhabarkan
berjuta jiwa meraikan
penuh bangga teruja
dimomokkan topeng kasih
dia sebenarnya yang dirai.

Kau pencatat jujur tak pandai berdusta
14 Februari yang sama, tahun berbeza
telah kaucatatkan kelahiranku
atas kemenangannya berkurun yang lalu

14 Februari yang sengaja dimasyhurkan
tersirat memori terhadap kedurjanaannya
14 Februari yang kunantikan
untuk kusujud syukur pertambahan usiaku.

(Berita Minggu, 14 Februari 2010)