Wednesday, March 31, 2010

DI SEBALIK SENYUMANNYA

(Sempena genap setahun pemergian
Allahyarham Tuan Haji Zubir Ali

ke rahmatullah, 6 Mac 2009 - al-Fatihah)

Bicaranya bicara pujangga
liriknya menggempur dunia lena
lembut alunan melodinya
diiringi gitar akustiknya
di sebalik kaca matanya
ada kerut pengalaman silamnya
sepasang mata beningnya
sentiasa mesra lembut menyapa.


Di sebalik bicara senyumnya
terbit bait-bait puisi perkasa
biarpun lembut nadanya
tetapi mampu menikam jiwa
hingga terkesan setiap masa.

Kini dia menuju abadi
apa yang sempat kusapa
hanya bicara senyumnya
kerdip khazanah yang ditinggalkan
tetapkan menyala sepanjang zaman.

(Berita Minggu, 14 Mac 2010)

1 comment:

Hanny Esandra said...

tahniah eizda..
teruskan usaha...
aku ni dah lama tenggelam.. nak asah pun jenuh lenguh tngn...
tp.. insyaallah satu hr nnt..
setel semua benda, aku mula aktif balik..
rindu pada hobi main tulis2.. lama dh aku tinggalkn kot? adehhhh...