Friday, April 29, 2011

DURIAN lwn MENTIMUN = Tempoyak??





Assalamualaikum...haii semua...lama juga ya saya tak update blog...ermm...bukannya tak ada sebarang isu atau aktiviti sepanjang April nie, tapi banyak sangat sebenarnya sampaikan saya tak tertulis di sini....semuanya saya simpan dalam 'memory card' saya aje....bak kata kawan2 saya, saya mempunyai 'memory card' yang sangat baik...maka disebabkan itu, saya selalu jadi reminder kawan2 saya....hehehee... (syukur ALHAMDULILLAH atas kurniaan indah ini Ya ALLAH.)

Ok, berbalik kepada tajuk entri saya kali nie...kenapa la tajuk nie yang saya pilih agak2nye? ada kaitan dengan musim durian sekarang nie ke? ermm...mungkin juga kut...tp ape kaitan dengan mentimun? mentimun ada musim ke?? hehehee...
Errmmm...ataupun saya saja2 aje nak beritahu kepada pengunjung2 blog saya yang saya nie hantu durian?

Jawapannya, TAK ADA KENA-MENGENA LANGSUNG dengan musim durian ke, musim mentimun ke, atau saya nie hantu durian ke...sebenarnya saya teringat tentang kata bidalan nie "Ya lah kan, siapa lah kita nie... Mereka tu DURIAN, kita nie MENTIMUN aje... digolek kena, tergolek pun kena"
Ermmm...macam mana? pernah dengar tak kata bidalan di atas? (hehehe...dah macam kuiz la pulok...)

Maksud di sebalik kata bidalan tu sebenarnya ialah, Mentimun tu ibaratnya orang bawahan & Durian tu pula orang atasan...biasanya, sebagai orang bawahan, kita tidak berpeluang bersuara untuk menegur orang atasan walaupun dah sah2 mereka buat silap kerana sifat durian itu sendiri yang keras, tajam & bahaya...

kenapa saya timbulkan isu nie? saya ke durian tu atau saya cuma mentimun? hehehe... tak apa lah... siapa saya dalam 'ini cerita' tak penting...saja aje saya nak ketengahkan tentang kata bidalan yang dah lama tak dengar nie...bagi saya, kata bidalan nie perlu selalu kita pegang...ada waktu2 tertentu, kita perlu juga bersuara, tetapi perlu fikir lebih 100 kali la sebab adakalanya Durian tak dapat terima teguran Mentimun...silap2 haribulan, kompom Mentimun kena humban dalam lori angkut sampah...ermm...siapa nak tanggung tu??? ermmm...Mentimun & keluarga Mentimun juga lah yang kena tanggung....

Tapi kan, bila saya fikir2kan kata bidalan nie berulangkali, saya rasa, Durian & Mentimun boleh bersatu bila Durian dah menjadi Tempoyak... Mentimun cicah Tempoyak... (Rasa2nya, ada ke orang makan Mentimun cicah Tempoyak ek?? hehehee...)

Akhir sekali, wahai Durian, Mentimun & Tempoyak, saya harap u all tak marah ya saya meng'glemer'kan u all dalam blog saya kali nie...mungkin nie salah satu cara saya mohon maaf dr u all sebab tak makan u all....hehehehee...

Monday, April 4, 2011

Kebahagiaan

Tanda Kebahagiaan

Imam Ibn al-Qayyim menyebutkan bahawa tanda kebahagiaan seseorang itu ada TIGA:
1. Jika diberi NIKMAT maka dia BERSYUKUR.
2. Jika mendapat DUGAAN maka dia BERSABAR.
3. Jika berbuat DOSA maka dia segera MEMOHOM AMPUN & MEMBACA ISTIGHFAR.

Kunci Kebahagian

Kunci kebahagiaan adalah KETENANGAN & KETENTERAMAN hati yang menyebabkan seseorang itu mampu menikmati hidupnya, meskipun dia terpaksa menjalaninya dengan penuh dukacita.

Kunci itulah yang berjaya dibongkar oleh Imam Ibn al-Qayyim ketika berkata,
''Di dalam hati ada kekacauan yang tidak dapat disatukan melainkan dengan menghadap Allah. Di dalamnya adalah perasaan gelisah yang tidak dapat dihilangkan melainkan apabila bermunajat dengan Allah. Di dalamnya ada kesedihan yang tidak dapat dibuang melainkan dengan bergembira mengenali Allah dan benar-benar berinteraksi dengan-NYA. Di dalamnya ada yang tidak dapat ditenteramkan melainkan bersatu dan berhimpun di sisi-NYA. Di dalamnya ada kekesalan yang tidak dapat dihilangkan melainkan dengan keredaan, dengan perintah, larangan, takdir dan bersabar menghadapi semua itu hingga hari perjumpaan dengan-NYA. Di dalamnya ada kemelaratan yang tidak dapat dibendung melainkan dengan cinta & pasrah kepada-NYA, selalu mengingat-NYA dan ikhlas untuk-NYA. Seandainya ia diberi dunia & segala isinya, maka itupun belum dapat menutupi kemelaratan yang dideritanya untuk selama-lamanya.''

Inilah hubungan ketuhanan dan hubungan bumi dengan langit yang menjadikan manusia hidup bahagia & tenteram.

Kunci kebahagiaan inilah yang menjadikan Imam Ahmad bin Hanbal hidup bahagia dan tenteram, meskipun pakaiannya penuh dengan kain tampal, dijahit dengan tangannya sendiri, tinggal di dalam tiga bilik yang dibuat dari tanah liat. Beliau hanya makan beberapa potong roti dengan mentega. Kasut beliau tidak pernah berganti - menurut penulis sejarah - selama tujuh belas (17) tahun. Beliau menampal dan menjahit kasutnya sendiri. Beliau makan daging sebulan sekali... Jika diukur dengan orang-orang yang menikmati kehidupan duniawi sekarang, beliau sebegitu miskin, menyedihkan & melarat.

Namun mereka tidak mengetahui bahawa kebahagiaan & kepuasan batin hanya dapat dirasakan oleh orang yang layak menerimanya kerana kebahagiaan itu di dalam lubuk hati yang paling dalam & berhubungan langsung dengan Allah. Kebahagiaan itu bertempat di dalam hati yang selalu berdenyut untuk hidup & cahaya yang menerangi jalan untuk dilalui manusia. Kebahagiaan merupakan rahsia yang dapat melakar kejayaan.

Dalam sebuah hadis disebutkan, yang bererti:
"Apabila Allah Taala mencintai seorang hamba-NYA, maka malaikat Jibril berseru, 'Sesungguhnya Allah Taala mencintai si polan, maka cintailah dia', hingga malaikat Jibril mencintainya. Dia kemudian menyeru seluruh malaikat di langit, 'Sesungguhnya Allah Taala mencintai si polan, maka cintailah dia', hingga para malaikat pun mencintainya, kemudian si polan tersebut diterima & disenangi oleh makhluk di muka bumi." (HR. Al-Bukhari Muslim)