Tanda Kebahagiaan
Imam Ibn al-Qayyim menyebutkan bahawa tanda kebahagiaan seseorang itu ada TIGA:
1. Jika diberi NIKMAT maka dia BERSYUKUR.
2. Jika mendapat DUGAAN maka dia BERSABAR.
3. Jika berbuat DOSA maka dia segera MEMOHOM AMPUN & MEMBACA ISTIGHFAR.
Kunci Kebahagian
Kunci kebahagiaan adalah KETENANGAN & KETENTERAMAN hati yang menyebabkan seseorang itu mampu menikmati hidupnya, meskipun dia terpaksa menjalaninya dengan penuh dukacita.
Kunci itulah yang berjaya dibongkar oleh Imam Ibn al-Qayyim ketika berkata,
''Di dalam hati ada kekacauan yang tidak dapat disatukan melainkan dengan menghadap Allah. Di dalamnya adalah perasaan gelisah yang tidak dapat dihilangkan melainkan apabila bermunajat dengan Allah. Di dalamnya ada kesedihan yang tidak dapat dibuang melainkan dengan bergembira mengenali Allah dan benar-benar berinteraksi dengan-NYA. Di dalamnya ada yang tidak dapat ditenteramkan melainkan bersatu dan berhimpun di sisi-NYA. Di dalamnya ada kekesalan yang tidak dapat dihilangkan melainkan dengan keredaan, dengan perintah, larangan, takdir dan bersabar menghadapi semua itu hingga hari perjumpaan dengan-NYA. Di dalamnya ada kemelaratan yang tidak dapat dibendung melainkan dengan cinta & pasrah kepada-NYA, selalu mengingat-NYA dan ikhlas untuk-NYA. Seandainya ia diberi dunia & segala isinya, maka itupun belum dapat menutupi kemelaratan yang dideritanya untuk selama-lamanya.''
Inilah hubungan ketuhanan dan hubungan bumi dengan langit yang menjadikan manusia hidup bahagia & tenteram.
Kunci kebahagiaan inilah yang menjadikan Imam Ahmad bin Hanbal hidup bahagia dan tenteram, meskipun pakaiannya penuh dengan kain tampal, dijahit dengan tangannya sendiri, tinggal di dalam tiga bilik yang dibuat dari tanah liat. Beliau hanya makan beberapa potong roti dengan mentega. Kasut beliau tidak pernah berganti - menurut penulis sejarah - selama tujuh belas (17) tahun. Beliau menampal dan menjahit kasutnya sendiri. Beliau makan daging sebulan sekali... Jika diukur dengan orang-orang yang menikmati kehidupan duniawi sekarang, beliau sebegitu miskin, menyedihkan & melarat.
Namun mereka tidak mengetahui bahawa kebahagiaan & kepuasan batin hanya dapat dirasakan oleh orang yang layak menerimanya kerana kebahagiaan itu di dalam lubuk hati yang paling dalam & berhubungan langsung dengan Allah. Kebahagiaan itu bertempat di dalam hati yang selalu berdenyut untuk hidup & cahaya yang menerangi jalan untuk dilalui manusia. Kebahagiaan merupakan rahsia yang dapat melakar kejayaan.
Dalam sebuah hadis disebutkan, yang bererti:
"Apabila Allah Taala mencintai seorang hamba-NYA, maka malaikat Jibril berseru, 'Sesungguhnya Allah Taala mencintai si polan, maka cintailah dia', hingga malaikat Jibril mencintainya. Dia kemudian menyeru seluruh malaikat di langit, 'Sesungguhnya Allah Taala mencintai si polan, maka cintailah dia', hingga para malaikat pun mencintainya, kemudian si polan tersebut diterima & disenangi oleh makhluk di muka bumi." (HR. Al-Bukhari Muslim)
No comments:
Post a Comment